“Kalam Akhir Kitab Allah Syariat &
Hakikat
Marilah kita berusaha membebaskan
diri daripada dosa syirik khafi (yang tersembunyi dalam diri). dan umat perlu
kembali kepada kesepaduan tauhid agar benar-benar mencapai kesempurnaan agama.
ASAS TAUHID pada diri ialah pada
iktikad (IMAN), amalan (ISLAM) dan mata hati (IHSAN). apabila sempurna TIGA
TAUHID dalam semua aspek kehidupan iaitu ekonomi, politik, pendidikan,
perubatan, akhlak, rumah tangga dan sebagainya. ibarat apabila sudah sempurna
menjadi doktor, maka wajib pada diri kita merawat pesakit.
Pakaian mukmin ialah IMAN, ISLAM, dan
IHSAN. adapun pekerjaan mukmin ialah dakwah RAHMATAN LIL ALAMIN dengan membawa
manusia kepada ketauhidan (mengESAkan Allah) dalam kehidupa mereka di semua
bidang.
Apa yang menyedihkan penulis, tauhid
ihsan telah ditinggalkan ummah ini, malah ada golongan ahli ilmu memandang
rendah ilmu tersebut sehingga tiada mengalakkan untuk mempelajarinya. Istilah
tasauf menakutkan mereka sedangkan ia hanya istilah pada maqam ihsan.
Meninggalkan tasauf adalah
meninggalkan TAUHID IHSAN. apabila tiada tauhid ihsan, seorang itu masih tiada
terlepas diri daripada SYIRIK KEAKUAN diri yang membawa kepada ketuhanan AKAL.
tanpa hakikat, yakni fana' diri dengan Allah, manusia tiada akan sampai kepada
Allah. Jiwa semakin kotor dengan syirik yang membawa sifat angkuh, riya',
kedekut, tamak, dengki, khianat, mengadu domba, dendam dan lainnya.
Segala sifat ini adalah berpunca dari
jiwa yang tiada tauhid ketuhanan. Tauhid ketuhanan sekadar pada akal dan
perbuatan tetapi tiada pada mata hatinya yang dapat menyaksikan keesaan Allah
dalam segala sesuatu. Hanya DIA dan DIA, hidup ini adalah datang dari DIA untuk
menguji siapakah hambaNya yang benar dalam mentauhidkan keesaan-Nya.
Selawat
dan salam pada habibillah, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam !
Banyakkan selawat atas nabi wahai
saudaraku, cintai sunnahnya, dengannya kamu akan memiliki cahaya yang membuka
pintu ketauhidan ihsan dan menanggalkan kekotoran syirik pada batinmu !

No comments:
Post a Comment